Thursday, 22 October 2015

AKHIRNYA BERSARA

Ingat laki mak? Alaaa..yang askar tu!! ceh. Macamkan banyak lak laki aku tanya soklan pesen cenggitu. Alhamdulillah. Sampai gak umor kami nak sampai ke hari ini. Dah jadi orang awam sepenuhnya dan telah berpencen dah Q. Haaaa...dah bersara dah laki den! Akhirnya, kita kena gak bawak sini sana kad pesara tu ye bang..? Macam tak percaya lak. 

Mak tau dia rasa macam tak biasa sebab jadi orang awam. Ye lah. Kita paham la dia dah jadi tentera tu selama 25 tahun tapi, chill-chill sudah bang..selama mana pun kita berkhidmat untuk negara, sampai 1 masa nanti, tetap gak dinasihatkan untuk bersara. So, it's time to rest, relax, and have fun. Just enjoy ur retirement syg. Khidmat bakti abang dah cukup. Bagi peluang untuk anak muda lain lak merasa jadi askar tu caner.

Apapun, tahniah..anda memegang title pesara mulai hari ini. Dah boleh nikmati kehidupan lain lak. Dah boleh nak pegi mana yang awak sesuka ati, dah boleh tergolek terlentang atas katil sesedap rasa..ujung-ujung, mak lak jeles tengok dia. Kita kalut bersiap nak gi keja, dia sengih-sengih ngantor kita kat pintu keta.

Btw, dia dah ada keja lain pun sekarang ni. Tapi keja biasa-biasa ajelah. Buat tambah-tambah duit poket yang ada. Keja ikut suka namanya. Masa keja adalah fleksibel so, part ni memang mak suka la. Kita keluar keja dia still kat umah. Then elok kita penat-penat balik keja, dia dah tercatuk kat umah gak. Tapi duit gaji ada. Hah gila tak suka?

Cuma, dalam pada banyak-banyak benda yang kita suka, ada gak benda yang kita tak suka terpaksa kita hadapi. Tu biasa tu..When you got some, u will lost some. Adat donia.  

Tapi harapan mak dan Q, biarlah kehidupan mendatang ni setenang-tenangnya tanpa perlu banyak harungi dugaan.  Kita dah sama-sama harungi kehidupan dari pangkat prebet sampailah pangkat errr Pegawai Waran dan akhirnya bersara.  Gunung, bukit, batu kelikir, selekoh, halangan semua kita dah jumpa!! Jadi..biarlah endingnya perkhidmatan awak ni manis semanisnya

Cer awok selpi sket ngan kad pesara tu. 
Orang lain bukannya ada kad pesara macam abang ada sekarang.

1 comment:

  1. Hahahaha...slmt bersara pokcik 😁😁😁😁 Q adalah nama sbenar ke mak 😱😱😱😱

    ReplyDelete